Wednesday, 14 September 2016

Jawatan Kosong Majlis Daerah Tangkak (MDT) Johor Terkini 2016

PEMBERITAHUAN JAWATAN KOSONG KERAJAAN DI NEGERI JOHOR
Jawatan Kosong Majlis Daerah Tangkak
Jawatan Kosong Majlis Daerah Tangkak
 Jawatan Kosong Majlis Daerah Tangkak Terkini 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia, keutamaan Rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim yang berkelayakan dan berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh iklan ditutup untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut:

1) PENOLONG JURUTERA, GRED JA29 - TETAP
2) PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29 - TETAP
3) PEMBANTU KESELAMATAN PENGUATKUASA DAN GRED KP19 - KONTRAK

CARA-CARA MEMOHON:
Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang Jawatan Kosong Majlis Daerah Tangkak dengan bayaran RM1.00 setiap borang permohonan yang boleh didapati melalui laman web www.mdtangkak.gov.my atau datang sendiri ke

Pejabat Besar, Majlis Daerah Tangkak ( Bahagian Sumber Manusia pada waktu pejabat (8.00 pagi - 5.00 petang) atau dengan mengirim sampul surat berukuran 10cm X 32cm ( 4x9 inci) bersetem 0.50 sen beralamat sendiri dengan mencatat “PERMOHONAN BORANG” dan “NAMA JAWATAN” disudut sebelah atas kiri sampul surat.

Advertiser